KO KURIKULUM

KONSEP, MATLAMAT, OBJEKTIF DAN STRATEGI PELAKSANAAN KO KURIKULUM DI SEKOLAH
1. KONSEP
1.1 Aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah, dan setiap murid harus melibatkan diri. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah, mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti. Dengan andaian bahawa muridmurid tidak mendapat pengalaman tertentu di bilik darjah, maka aktiviti kokurikulum dapat menyediakan pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif.

1.2 Sebagai satu bidang pendidikan, penglibatan semua murid dan anggota masyarakat adalah perlu, berasaskan kepada anggapan bahawa:
1.2.1 Semua murid harus mempunyai keseimbangan antara perkembangan mental (akademik) dengan perkembangan sahsiah yang bersepadu (sosial, jasmani dan rohani);
1.2.2 Semua murid mempunyai minat dan bakat yang boleh dikembangkan;
1.2.3 Semua murid boleh dididik, dan boleh pula mendidik diri sendiri dan rakan sebaya;
1.2.4 Sekolah bertanggungjawab melahirkan murid-murid untuk keperluan masyarakat dan negara;
1.2.5 Masyarakat turut bertanggungjawab memainkan peranan mendidik murid-murid.
1.3 Definisi Kokurikulum Dalam Program Pendidikan: Kokurikulum adalah sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan. "Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan, untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan."
Rujuk Subperaturan 3(1) dalam Peraturan-peraturan (kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai P.U.(A) 531/97.
1.4 Sebagai sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan, maka pelaksanaan kokurikulum di sekolah adalah wajib. {Rujuk Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996
(Akta 550)} Kegagalan atau keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum di
sekolah adalah suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak
melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga
bulan atau kedua-duanya {Rujuk Subseksyen 135(1) Akta Pendidikan 1996
(Akta 550)} dan jika kesalahan itu dilakukan secara berterusan, maka apabila
disabitkan sedemikian, seseorang itu dikenakan hukuman denda harian yang
tidak melebihi lima ratus ringgit sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain
yang boleh dikenakan kepadanya di bawah Akta ini berkenaan dengan
18
kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan. {Rujuk Subseksyen
135(2) Akta 550}.
1.5 Kokurikulum adalah ’kegiatan kumpulan’.
Rujuk Warta Kerajaan No. 5652 Jilid 11/Bil.27 (Tambahan No. 2) bertarikh 28hb
Disember 1967, (Peraturan Kursus Pengajian Sekolah 1956).
1.6 ’Kegiatan kokurikulum’ ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan
daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang
memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah.
Rujuk Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum
Kebangsaan) 1997 seperti dalam Warta Kerajaan Jilid 42/No.11 (Tambahan No.
41), Perundangan (A)/P.U.(A) 196 bertarikh 21 Mei 1998.
1.7 Kokurikulum adalah kegiatan atau aktiviti selain mata pelajaran yang diajarkan
dalam bilik darjah tetapi yang dianggap sebagai sebahagian daripada kursus
pendidikan murid di sekolah (misalnya kegiatan dalam persatuan-persatuan,
kegiatan sukan, dan lain-lain).
Rujuk Kamus Dewan (Edisi Ketiga), Dewan Bahasa dan Pustaka (2002), m.s.
692.
1.8 Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja
yang terancang. Gerak kerja ini merupakan lanjutan daripada proses pengajaran
dan pembelajaran di bilik darjah. Oleh itu aktiviti-aktiviti kokurikulum dapat
menyediakan peluang kepada murid untuk menambah, mengukuh dan
mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di bilik
darjah.
Rujuk Buku Penerangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, Dewan
Bahasa dan Pustaka (1992); m.s. 11).
1.9 Kokurikulum adalah bidang pengajian luar bilik darjah atau yang tidak formal.
Rujuk Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran,
Dewan Bahasa dan Pustaka (1984), m.s. 269.
1.10Kokurikulum adalah wadah pembinaan jasmani, emosi dan rohani dengan
menawarkan pelbagai pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan latihan,
berteraskan konsep pendidikan dan pembangunan insan yang bersepadu dan
menyeluruh. Pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang mengandungi unsurunsur
intelek, disiplin kendiri, kepimpinan, keusahawanan, kreativiti dan inovasi,
kecintaan kepada alam semula jadi, kewarganegaraan dan kesetiaan kepada
bangsa dan negara, kebudayaan, integrasi nasional, dan sebagainya akan
membantu murid menentukan hala tuju kehidupan masa depannya.
Rujuk Ramlan Abd. Wahab; Dewan Masyarakat, Januari 2002, Kerangkraf
Publication Sdn. Bhd, m.s. 44.
1.11Kokurikulum adalah aktiviti pembelajaran tidak formal yang berteraskan keperluan
pelajar mengalami sendiri aktiviti-aktiviti kependidikan dalam keadaan sebenar.
Rujuk Ramlan Abd. Wahab; Dewan Masyarakat, Januari 2002, Kerangkraf
Publication Sdn. Bhd. m.s. 44.



2. MATLAMAT
Matlamat utama aktiviti kokurikulum adalah untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.





3. OBJEKTIF
3.1 Menyemai kesedaran murid-murid terhadap agama dan kepercayaan kepada
Tuhan;
3.2 Menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan rohani,
jasmani dan emosi murid-murid;
3.3 Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid dalam sekolah dan
di antara sekolah;
3.4 Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid-murid dalam aktiviti yang
diceburi;
3.5 Membina dan meningkatkan disiplin murid;
3.6 Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan;
3.7 Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan hubungan dua hala antara
sekolah dan masyarakat;
3.8 Mewujudkan sekolah berwatak.
3.9 Menyediakan murid untuk mengikuti program khidmat negara.
3.10Mengukuhkan integrasi nasional

4. STRATEGI DAN PELAKSANAAN
Untuk mencapai objektif tersebut, berikut adalah beberapa strategi
pelaksanaannya:
4.1 Memberi wajaran yang sesuai kepada aktiviti kokurikulum supaya kurikulum dan
kokurikulum boleh saling melengkapi dalam proses pendidikan di sekolah;
4.2 Menambahkan bilangan pasukan badan beruniform, persatuan/kelab, kelab
sukan dan permainan serta mempelbagaikan aktiviti tersebut, dengan tujuan
memberi peluang kepada semua murid melibatkan diri dengan aktif secara
individu atau kumpulan;
4.3 Melibatkan murid daripada semua kaum dalam semua aktiviti kokurikulum, yang
sesuai, untuk tujuan pemupukan perpaduan;
4.4 Melibatkan murid dan pihak sekolah dalam aktiviti khidmat masyarakat;
4.5 Melibatkan Jawatankuasa Bimbingan Murid Sekolah(JBPS), Persatua Ibu Bapa
Guru-Guru (PIBG), guru-guru dan murid-murid dalam perancangan dan
pelaksanaan aktiviti kokurikulum;
4.6 Merekod dan menilai kemajuan aktiviti kokurikulum yang dijalankan;
4.7 Menganjur dan mengelola pertandingan yang melibatkan semua murid;
4.8 Menyelia dan menilai aktiviti secara sistematik dan berterusan;
4.9 Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada semua pihak, dari semasa
kesemasa.
20
4.10 Memberi penekanan terhadap penghayatan agama dan nilai-nilai murni dalam
aktiviti kokurikulum.
4.11 Merancang dengan teliti aktiviti kokurikulum bagi mencapai objektif yang
dikehendaki;
5. PANDUAN PELAKSANAAN
5.1 Kandungan Kegiatan Kokurikulum Di Sekolah:
5.1.1 Kegiatan Kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan
mengandungi yang berikut:-
(a) penyertaan dalam sukan dan permainan;
(b) penyertaan dalam persatuan dan kelab;
(c) penyertaan dalam badan beruniform; dan
(d) penyertaan dalam kegiatan-kegiatan lain sebagaimana ditentukan oleh Menteri.
Rujuk Subperaturan 3(3) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan
(Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai P.U. (A) 531/97.
5.1.2 Kegiatan Kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan meliputi
kegiatan dalam persatuan yang ditubuhkan di sekolah daripada kategori
berikut:-
(a) mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang
dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum
Kebangsaan) 1997;
(b) hobi dan rekreasi;
(c) sukan dan permainan;
(d) badan beruniform; atau
(e) apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh Pendaftar.
Rujuk Peraturan 4 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan
Sekolah) 1998 yang diterbitkan sebagai Warta Kerajaan Jil. 42/No. 11
(Tambahan No. 41), Perundangan (A), P.U. (A) 196 bertarikh 21hb. Mei
1998.
5.2 Status Pelaksanaan Kokurikulum Sekolah:
5.2.2 Matlamat gerak kerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan
oleh setiap orang murid yang belajar di sekolah kerajaan atau bantuan
kerajaan. Setiap murid hendaklah mengambil bahagian sekurangkurangnya
dalam salah satu gerak kerja pasukan badan beruniform, satu
kegiatan persatuan atau kelab, dan satu kegiatan sukan atau permainan.
Seberapa yang boleh, peningkatan penyertaan murid-murid dalam
kegiatan pasukan badan beruniform hendaklah diusahakan.
{Rujuk Subperkara 5.1 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985
KP(BS)8591/Jld. 11(29) bertarikh 2hb. Januari 1985}.
5.2.3 Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan
keberkesanan pelaksanaan gerak kerja kokurikulum di sekolah.
{Rujuk Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985
KP(BS)8591/Jld. 11(29) bertarikh 2hb. Januari 1985}.
21
5.2.4 Sekolah-sekolah, khususnya yang kurang kemudahan untuk menjalankan
gerak kerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan murid-muridnya
mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat
setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; dan dalam
pelbagai gerak kerja yang menekankan perpaduan kaum,
ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan
menyeluruh dan pembentukan keperibadian.
{Rujuk Subperkara 5.3 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985
KP(BS)8591/Jld. 11(29) bertarikh 2hb. Januari 1985}.
5.2.5 Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan
prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi
atau paksaan dan yang bercanggah dengan Dasar Pendidikan
Kebangsaan dan Perlembagaan Negara.
Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 16/2000, KP(BS)8591/Jld. XVI(16)
bertarikh 13 Nov. 2000.
5.2.6 Penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum adalah wajib. Sehubungan
itu kehadiran murid dalam aktiviti kokurikulum mestilah direkodkan.
Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 1/1986, KP(BS)8591/Jld. 11/(41)
bertarikh 15 Januari 1986.
5.2.7 Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan
menggunakan penglibatan dan kepakaran anggota-anggota masyarakat
setempat.
Rujuk Subperkara 5.2.3 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/1985,
KP. 8591-11(32) bertarikh 2hb Februari 1985.
5.3 Peruntukan masa.
Peruntukan masa untuk kegiatan kokurikulum seperti dalam Warta Kerajaan No.
5652 Jil. 11/Bil. 27 bertarikh 28 Disember 1967 adalah seperti berikut:-
5.3.1 Sekolah Menengah
Tingkatan Aliran Peruntukan Masa
Peralihan, 1,2, 3 & 6 180 minit seminggu
Sastera 180 minit seminggu
SRT 180 minit seminggu
4 & 5 Perdagangan 180 minit seminggu
Sains 140 minit seminggu
Pertanian 140 minit seminggu
Teknik 100 minit seminggu
5.3.2 Sekolah Rendah
Tahun Peruntukan Masa
3 dan 4 60 minit seminggu
5 dan 6 120 minit seminggu
5.4 Tugas dan tanggungjawab guru
5.4.1 Guru Besar/Pengetua sebagai Penolong Pendaftar mempunyai kuasa
untuk melantik guru sebagai guru penasihat bagi menjalankan tugas-
22
tugas dalam aktiviti kokurikulum berdasarkan peruntukan yang sedia
ada.
Rujuk dalam Akta Pendidikan 1996 ( Akta 550 ), Bahagian 2.
5.5 Impak Kegiatan Kokurikulum
5.5.1 Sebagai kegiatan kependidikan, kegiatan kokurikulum berfungsi untuk
membantu dan membolehkan murid-murid:-
(a) mengamal dan mengukuhkan ilmu pengetahuan yang diperolehi
di bilik darjah;
(b) mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang
diperolehi melalui pembelajaran formal di bilik darjah;
(c) mengalami sendiri situasi dan proses yang menjana ilmu
pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang telah dan akan
dipelajari dalam bilik darjah;
(d) melatih diri berdikari dan memupuk sikap yakin kepada diri
sendiri;
(e) berinteraksi secara langsung dengan alam sekitar untuk
mengukuhi keinsafan tentang hakikat kewujudan dan
menyemarakkan perasaan penuh kesyukuran serta menyedari
kebertanggungjawab diri sendiri ke atas kelestarian dan
kesejahteraan alam semula jadi;
(f) mengembangkan bakat, minat dan potensi diri sendiri dalam
bidang-bidang yang diceburi
(g) mengalami sendiri hakikat pentingnya diri sendiri dan individu lain
mempunyai nilai-nilai murni kemanusiaan dan keinsanan yang
luhur;
(h) mengalami sendiri hakikat pentingnya perpaduan, kerjasama,
permuafakatan dan semangat sepasukan;
(i) menguji dan mempertingkatkan ciri-ciri kepemimpinan, ketabahan
dan kecekalan menghadapi masalah dan cabaran;
(j) memanfaatkan peluang yang ada dan meneroka peluang-peluang
baru untuk memajukan diri sendiri dan rakan-rakan;
(k) memperoleh pengetahuan, pengalaman, dan kemahiran baru
yang tidak mungkin diperolehi di bilik darjah;
(l) meningkatkan kreativiti, inovasi dan kekaryawanan dalam bidangbidang
yang diminati;
(m) memperluaskan persepsi dan pandangan hidup.
(n) berinteraksi dengan rakan-rakan, dan anggota masyarakat untuk
mewujudkan suasana yang harmoni, ceria, aman dan sejahtera
serta saling bekerjasama;
(o) mengisi masa lapang dengan kerja-kerja yang berfaedah di
samping membina kesihatan dan kesejahteraan diri;
(p) memberi sumbangan tenaga, idea, buah fikiran yang bernas,
khidmat dan kepakaran kepada yang memerlukan;
(q) menyuburkan sifat-sifat penyayang (caring), bertimbang rasa
(understanding), toleransi (tolerance), menerima dengan senang
hati (acceptance), positivisme (positivism), berbudi bahasa dan
bersopan santun (politeness), kepemimpinan (leadership), empati
(empathy), dan tegas (assertive).
(r) memperkembangkan lagi kesejahteraan dan ketangkasan
jasmani, ketenangan dan kematangan emosi, keluhuran rohani,
dan kecemerlangan dan ketrampilan intelek.
5.5.2 Unsur-unsur Kependidikan Dalam Kokurikulum:
23
Unsur-unsur kependidikan yang perlu dijelmakan dalam kegiatan
kokurikulum termasuklah yang berikut:-
(a) Kepercayaan kepada Tuhan.
(b) Kesetiaan kepada Raja dan Negara.
(c) Keluhuran Perlembagaan.
(d) Kedaulatan Undang-Undang.
(e) Kesopanan dan kesusilaan.
(f) Pendidikan Seumur Hidup.
(g) Keilmuan dan Kepengetahuan.
(h) Kemanusiaan yang murni.
(i) Disiplin dan Kebertanggungjawaban.
(j) Protokol dan Etiket.
(k) Kemahiran berfikir.
(l) Ketahanan fizikal dan semangat.
(m) Kreativiti dan inovasi.
(n) Kerjaya dan Keusahawanan.
(o) Kepemimpinan.
(p) Kepengerusan dan kepentadbiran.
(q) Etika dan amanah.
(r) Komitmen, iltizam dan dedikasi.
(s) Kesetiaan dan ketaatan.
(t) Kesukarelawanan.
(u) Kewarganegaraan dan kemasyarakatan.
(v) Rekreasi dan riadah.
(w) Penyelidikan dan pembangunan.
(x) Kebudayaan dan kesenian.
(y) Komunikasi dan Pergaulan.
(z) Perpaduan dan integrasi nasional.
(aa)Penilaian dan pengiktirafan.
(bb)Peningkatan kebolehan, kemahiran dan kepakaran.
(cc)Penghargaan.
5.6 Kepentingan Kokurikulum
5.6.1 Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah untuk mewujudkan suatu
bangsa bercorak Malaysia yang bersatu padu dan dihormati. Hasrat ini
akan dapat dicapai jika generasi muda sekarang dapat diberi pendidikan
yang seimbang dan sempurna. Pendidikan yang seimbang dan sempurna
sentiasa memberi penekanan kepada kedua-dua aspek iaitu akademik
dan gerak kerja kokurikulum. Ini bermakna seseorang murid itu diberi
didikan yang menyeluruh merangkumi aspek mental, fizikal, dan spiritual.
Y.A.B. Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi (1985).
5.6.2 Penekanan baru kepada gerak kerja kokurikulum di sekolah-sekolah
adalah sesuai dengan masa dan keperluan pendidikan di negara kita
sekarang. Ini akan menjadikan pendidikan yang menyeluruh merangkumi
bidang akademik dan kokurikulum. Kedua-dua bidang ini seharusnya
digabungkan, diberi penekanan baru, dan diberi penilaian dan
pengiktirafan yang sesuai supaya keseluruhan murid dan guru dapat
memahami konsep pendidikan yang berasaskan kepada penekanan yang
sama kepada bidang kokurikulum dan bidang akademik.
Dato' Abdul Rahman Hj. Arshad (1985)
24
5.6.3 Gerak kerja kokurikulum "… adalah penting untuk menyemai, memupuk
dan menanam perasaan kekitaan atau pun 'esprit de corps' di antara
murid-murid pelbagai keturunan yang mempunyai latar belakang dan
cara hidup yang berlainan. Ia juga bertujuan melatih murid-murid supaya
bersikap bertanggungjawab. Kegiatan ini juga boleh melatih mereka
berdisiplin, berdikari dan berkemahiran dalam sesuatu lapangan yang
mereka sertai."
Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran
(1979).
5.6.4 Dengan andaian bahawa murid-murid tidak dapat pengalamanpengalaman
tertentu di bilik darjah, maka gerak kerja kokurikulum boleh
menyediakan pengetahuan dan pengalaman tersebut bagi
perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani, dan pembentukan
nilai-nilai estetika serta sosial yang positif.
Buku Panduan Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum Sekolah Menengah
Kementerian Pendidikan Malaysia (1989).
5.6.5 Peranan dan tanggungjawab utama sekolah bukan hanya semata-mata
kepada menyampaikan ilmu pengetahuan dan memupuk kemahirankemahiran
tertentu kepada murid-murid, bahkan juga bagi melahirkan
murid-murid yang dapat memberi sumbangan ke arah hidup yang
harmonis, bersatu padu, bertolenrasi, berdisplin, dan mempunyai sahsiah
yang baik, iaitu yang mempunyai sikap serta menghayati nilai-nilai hidup
berasaskan prinsip-prinsip Rukunegara.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.
5.6.6 Pada keseluruhannya, setakat ini sekolah-sekolah telah dapat melahirkan
murid-murid yang berjaya dalam bidang akademik melalui kurikulum yang
sedia ada. Sungguh pun demikian, melalui kurikulum sahaja, seperti
matapelajaran-matapelajaran Sivik, Sejarah, Geografi dan
Kesusasteraan, misalnya, belum boleh menjamin tercapainya matlamat
bagi melahirkan murid-murid yang mempunyai nilai-nilai akhlak,
kesusilaan dan ketatanegaraan sepenuhnya atau yang mempunyai
semangat patriotik yang tinggi. Sekarang terdapat tanda-tanda yang
menunjukkan pembentukan sahsiah secara menyeluruh di kalangan
murid-murid amnya, belum dapat tercapai sepenuhnya seperti mana
yang diharapkan
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.
5.6.7 Seperti mana kurikulum, gerak kerja kokurikulum juga mempunyai
peranan dalam pembentukan perkembangan jasmani dan rohani muridmurid.
Oleh yang demikian, kokurikulum juga seharusnya dapat
dititikberatkan oleh sekolah-sekolah.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1995.
5.6.8 Dalam konteks pendidikan kebangsaan, kegiatan kokurikulum merupakan
satu program penting demi membangunkan potensi murid secara
menyeluruh. Secara umum kegiatan kokurikulum yang sedia ada telah
berjaya membina disiplin murid serta meningkatkan minat mereka
terhadap pembelajaran.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1995.
25
5.6.9 Sekolah-sekolah yang tidak memberi keutamaan yang sewajarnya bagi
mengimbangkan antara kepentingan gerak kerja kokurikulum dengan
akademik dan kurang pula menekankan tentang penyertaan menyeluruh
murid-murid dalam gerak kerja tersebut, boleh menyebabkan pendidikan
menyeluruh tidak dapat dicapai.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1988.
5.6.10 Kementerian Pendidikan sentiasa menggalakkan penyertaan para murid
dalam apa jua aktiviti sukan dan memperakukan bahawa sukan
sememangnya penting untuk membina ketahanan diri dan kesihatan di
samping memupuk perkembangan jasmani, rohani, dan emosi muridmurid.
Di samping itu, sukan sebagai sebahagian daripada kegiatan
kokurikulum yang diwajibkan di sekolah-sekolah adalah juga merupakan
satu-satunya saluran yang berkesan bagi memupuk persefahaman dan
perpaduan di kalangan murid.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1988.
5.6.11 ''… Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat keputusan dan
menetapkan bahawa dasar dan syarat pemilihan murid ke tingkatan satu
di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bermula kemasukkan tahun 2000,
memberi penekanan utama kepada penglibatan dan pencapaian murid
dalam aspek kepimpinan, sukan dan kokurikulum di samping
mengekalkan syarat kecemerlangan akademik.''
Dato Dr Abdul Shukor bin Abdullah, Ketua Pengarah Pendidikan
Malaysia dalam surat KP(BS)8575-196 Jld. IV(26) bertarikh 2 Jun 1999.
5.6.12 Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Kementerian
Pendidikan Malaysia ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah
perlu diberi ruang unutk mengembangkan potensi mereka secara
menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Berbagai-bagai cara boleh
dilakukan di peringkat sekolah supaya perkembangan potensi individu
dapat disesuaikan dengan minat dan bakat murid itu sendiri.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.18/2000
5.6.13 "I don’t believe in purely academic achievements. I read law to help me
draft agreements. I learnt accountancy to understand finance. But
academic intelligence alone doesn't make you successful. You must know
how to turn what you know into ringgit and sen. In short, you need a
"Master's in Common Sense" and a "Bachelor's in Streetsmart" more than
a MBA and Ph.D. There's no substitute for the "University of Hard
Knocks" in life. A university degree alone could produce a manager, I
suppose."
Datuk Maznah Hamid; Going Places, June 2002; p.16.
5.6.14 True co-curriculum in education enable everyone to become the person
he or she to fully capable of becoming and the person they dream of
being.
Anonymous; 2002.
5.6.15 "True education means building on your skills. People skills,
communication skills, living skills, thinking skills, accelerated learning,
26
speed reading, how to realise your vision and dreams, etc. True
education shapes you to maximise your creativity and use what you have
learn to become the best that you are in whatever field."
Datuk Maznah Hamid; Going Places; June 2002, p.16.
5.6.16 "… perpaduan akan terus menjadi agenda utama bagi memupuk
perpaduan kaum melalui sistem pendidikan di negara kita. Kita akan
terus mempergiatkan lagi program dan aktiviti yang melibatkan
penyertaan murid dari pelbagai kaum untuk memupuk perpaduan,
terutamanya melalui kegiatan kokurikulum seperti program sukan dan
berpersatuan."
Y. B. Tan Seri Dato' Seri Musa bin Mohamad, Menteri Pendidikan
Malaysia; dalam Perutusan Tahun Baru 2002.
5.6.17 The object of education, in very general terms, is to provide pupils and
students with the means for understanding their society and its structures,
and to open up for them a way of creating 'meaning' out of their
environment and their relationships. This is certainly a part of what culture
implies, and from an educational point of view it will mean, in specific
terms, that the child is assisted both in language and thought to classify
and provide meaning and relationships to things, ideas and events.
Ivor Morrish, The Sociology of Education: An Introduction (2nd Edition,
1978), London, George Allen & Unwin, m.s. 59.
5.6.18 “...sebagai contoh terdapat murid yang mengumpul 80 mata gagal
mengikuti kursus perubatan apabila mendapat tiga mata untuk kegiatan
kokurikulum. Pada masa yang sama, ada murid yang berjaya mengikuti
kursus perubatan walau pun mendapat 76 mata apabila diberi lapan mata
untuk kokurikulum…”
N. Marimuthu, Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna-
Pengguna Malaysia (FOMCA), Utusan Malaysia 18 Mei 1998



6. Fungsi Aktiviti Kokurikulum
Aktiviti kokurikulum mempunyai fungsi-fungsi yang tertentu. Antaranya ialah:
6.1 Pengukuhan dan Pengayaan
Pengetahuan yang diperoleh daripada mata pelajaran akademik dapat
diperkukuhkan dan diamalkan melalui aktiviti kokurikulum. Aktiviti ini juga
dapat memberi peluang kepada murid-murid mamahami konsep latihan dalam
bidang tertentu dengan menggunakan pengetahuan tersebut dalam konteks
yang lebih bermakna dan realistik. Di samping itu, cara begini juga dapat
memberi pengalaman yang mungkin tidak terdapat di dalam bilik darjah.
Segala aktiviti kokurikulum hendaklah dirancang terlebih dahulu supaya selaras
dan saling melengkapi dengan apa yang diajar di bilik darjah. Ini boleh
membantu murid-murid meningkatkan lagi prestasi mereka dalam pelajaran.
Berikut adalah beberapa contoh aktiviti kokurikulum yang berfungsi bagi
pengukuhan dan pengayaan:
6.1.1 Aktiviti Pergerakan Pasukan Pakaian Seragam:
Pertolongan Cemas:
Aktiviti ini dapat memberi peluang kepada murid mencuba pengetahuan/
pengalaman tentang cara-cara memberi rawatan kecemasan serta
menggunakan pengetahuan yang dipelajari dalam mata pelajaran sains.
Perkhemahan:
Aktiviti ini antara lain dapat memberi peluang kepada murid
menggunakan pengetahuan membaca peta (geografi), di samping dapat
memberi pengetahuan dan pengalaman kepada murid tentang cara hidup
berdikari, semangat kembara, berani dan berikhtiar.
Kawat Kaki:
Aktiviti ini dapat mengujudkan disiplin dalam pasukan, semangat
berkerjasama, menurut perintah serta melatih kepimpinan.
6.1.2 Aktiviti Persatuan / Kelab:
Berikut adalah beberapa contoh aktiviti kokurikulum yang berfungsi bagi
pengukuhan dan pengayaan:
Kuiz:
Aktiviti ini antara lain dapat memberi peluang kepada murid-murid
menambah pengetahuan dalam mata pelajaran yang berkaitan.
Bahas dan Pidato:
Aktiviti ini antara lain memberi peluang kepada murid-murid
menggunakan kemahiran bahasa dalam memberi dan mematahkan
hujah dengan menggunakan fakta.
Projek Membuat Kincir Air:
Aktiviti ini antara lain dapat memberi peluang kepada murid-murid
menggunakan pengetahuan mereka dalam matematik, fizik dan geografi,
di samping dapat meningkatkan daya kreativiti dan kemahiran hidup.
6.1.3 Aktiviti Sukan / Permainan:
Olahraga:
Aktiviti ini dapat memberi pengetahuan kepada murid-murid tentang ilmu
anatomi, iaitu berkenaan sistem otot dan pembinaan otot yang kuat. Ini
bukan sahaja dapat memperkukuhkan pelajaran mengenai biologi tetapi
murid juga akan dapat memahami konsep latihan dalam sukan dan
menggunakan pengetahuan yang ada dalam latihan itu.
Bola Sepak:
Aktiviti ini dapat menimbulkan semangat berpasukan, persefahaman,
bekerjasama, ketabahan, ketangkasan, berdisiplin, ketahanan diri dan
ketepatan membuat keputusan. Ia memberi peluang kepada muridmurid
memperkukuhkan dan memperkayakan pendidikan jasmani, nilai
agama dan moral, sivik dan lain-lain.
6.2 Khidmat Masyarakat
28
Murid, guru dan kakitangan sekolah boleh memberi khidmat kepada masyarakat
dan begitulah sebaliknya. Tujuannya adalah untuk memupuk hubungan dua
hala antara sekolah dan masyarakat serta menyemai semangat berkhidmat,
bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain.
6.2.1 Sumbangan Sekolah Kepada Masyarakat:
Sekolah dapat menggunakan aktiviti kokurikulum sebagai satu sumber
bagi murid-murid mempraktikkan dan mengukuhkan segala pengetahuan
yang diperolehi kepada masyarakat. Contohnya, melalui aktiviti
Persatuan Bulan Sabit Merah, murid dapat pendedahan serba sedikit
ilmu kesihatan dan cara-cara rawatan asas kepada masyarakat
setempat. Di samping itu, banyak lagi aktiviti khidmat masyarakat yang
dapat menimbulkan suasana hubungan dua hala seperti bergotongroyong,
membersihkan masjid/surau, kawasan perumahan/bandar,
mengadakan minggu kerja, ceramah, bimbingan dan latihan tertentu.
6.2.2 Sumbangan Masyarakat Kepada Sekolah
Masyarakat boleh memberi sumbangan dengan cara membantu sekolah
dalam bentuk material , tenaga, usaha , buah fikiran dan kepakaran.
Antaranya ialah :
a. Mengutip derma dan mendapatkan kemudahan-kemudahan
tertentu bagi melengkapkan peralatan kokurikulum sekolah seperti
peralatan sukan, pakaian, komputer dan lain-lain;
b. Memberi ceramah, tunjuk ajar tentang perkara-perkara seperti
dalam bidang kerjaya, bimbingan dan latihan dalam kemahiran
tertentu, seperti menganyam, membuat tembikar, menjahit,
menekat, silat, mengukir, membuat alat-alat permainan tradisi dan
sebagainya;
c. Memberi bantuan kepada murid;
d. Mengadakan projek anak angkat;
e. Mengadakan rumah terbuka pada hari-hari perayaan khusus untuk
murid-murid daripada pelbagai kaum;
f. Membantu sekolah dalam pengelolaan sukan, bergotong-royong,
membersih dan mengindahkan sekolah.
6.3 Hobi dan Rekreasi
Dengan melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum, murid dapat memperolehi
pengetahuan dan kemahiran, di samping dapat mengisi masa lapang mereka
dengan berfaedah serta membina kesihatan fizikal dan mental.
Aktiviti ini juga dapat memberi keseronokan kepada murid. Antara contoh aktiviti
ialah membaca, bersukan, berternak, berkebun, menanam bunga,
menghias/menggubah, menyanyi, bermain alat-alat muzik, menulis sajak/
cerpen/syair/rencana, melukis kartun, mengumpul setem/daun-daun kayu/
keratan akhbar, membuat model, mengukir dan memancing.
6.4 Kerjaya
29
Aktiviti kokurikulum dapat memberi asas kerjaya kepada murid. Ia juga dapat
membantu dan melengkapi pengajaran dan pembelajaran serta dapat
menimbulkan kesedaran dan penyediaan pemilihan kerjaya murid.
Pengetahuan dan kemahiran ini sangat berguna apabila mereka memasuki
dunia pekerjaan kelak. Aktiviti ini boleh dijalankan secara kumpulan atau individu
dan tidak hanya terbatas kepada kemudahan dan peralatan atau kepakaran
yang ada di sekolah itu sahaja. Sekolah yang mempunyai masalah ini bolehlah
berusaha mendapatkannya daripada sekolah lain atau masyarakat setempat.
6.4.1 Contoh aktiviti yang berkaitan dengan mata pelajaran
Kemahiran Hidup : seni bina, pertukangan, membaiki radio
dan TV, mekanik, kimpalan dan lain-lain.
Sains Pertanian : berkebun, berternak dan lain-lain.
Ekonomi Rumah : gubahan, jahitan, memasak, perhiasan
Tangga dan lain-lain.
Seni Lukis : seni lukis, tenunan, kraftangan,
seni ukir, anyaman, membuat gasing,
wau, tembikar, papan congkak,
sangkar burung, tudung saji dan lain-lain.
Aktiviti seperti ini juga dapat meningkatkan daya kreatif dan pengetahuan
murid terhadap aktiviti yang dijalankan oleh institusi luar sekolah dalam
bidang-bidang tertentu, di samping dapat menarik minat mereka terhadap
aktiviti kokurikulum. Dalam hal ini, pihak sekolah haruslah sentiasa
berusaha mengadakan aktiviti yang baru dan lebih menarik.
6.4.2 Contoh aktiviti yang berkaitan dengan pandangan dan pengetahuan
bidang kerjaya:
Ceramah, pameran, kajian atau lawatan tentang jenis dan pekerjaan
yang terdapat dalam perkhidmatan separa kerajaan, swasta dan
perseorangan. Ini termasuklah bidang pekerjaan seperti pasukan polis,
tentera ,bomba, pentadbiran, perusahaan, perkilangan, perniagaan, dan
lain-lain perkhidmatan sosial dan profesional.
6.5 Perkembangan Diri Individu
Semua aktiviti kokurikulum dapat memberi peluang kepada murid melatih diri
sendiri untuk kesihatan diri, berdisiplin, memupuk minat dan bakat serta
membina semangat untuk menghayati nilai perpaduan dan kewarganegaraan.
6.5.1 Kesihatan
Aktiviti kokurikulum dapat digunakan untuk melatih murid membiasakan
penjagaan kebersihan diri, antaranya melalui aktiviti berikut:
a. Pasukan Badan Beruniform yang mementingkan pakaian dan
perawakan yang kemas dan teratur;
b. Pertolongan cemas yang mementingkan kebersihan dan langkahlangkah
keselamatan untuk mengelakkan kemalangan:
c. Latihan sukan yang mementingkan kesihatan:
30
d. Kerja-kerja amal dan ibadah.
6.5.2 Peningkatan Disiplin
Aktiviti kokurikulum dapat meningkatkan dan memperkukuhkan disiplin
murid ke arah pembinaan sahsiah yang bersepadu.
6.6 Ciri-Ciri Murid Yang Dihasratkan Melalui Aktiviti Kokurikulum
6.6.1 Celik huruf dan menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira.
6.6.2 Menguasai kemahiran dan kaedah asas belajar.
6.6.3 Menyedari dan memahami kepentingan dan faedah pengetahuan dan
kemahiran bagi diri sendiri.
6.6.4 Mengetahui dan mengamalkan pelbagai kaedah memperoleh ilmu
pengetahuan dan kemahiran.
6.6.5 Menggunakan ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi mengurus hal-hal
berkenaan kehidupannya.
6.6.6 Mampu dan berkebolehan menyelesai masalah dan membuat keputusan
dengan bijaksana.
6.6.7 Berusaha mencari dan memperolehi ilmu pengetahuan dan kemahiran
baru.
6.6.8 Memikir dan menemukan ilmu pengetahuan, kemahiran, pendekatan dan
teknologi baru.
6.6.9 Bersungguh-sungguh mencari dan mencintai ilmu untuk mengetahui
rahsia dan nikmat kehidupan yang diberikan Tuhan.
6.6.10 Menjadikan ilmu pengetahuan sebagai pembimbing kehidupan.
6.6.11 Terus belajar dan meningkatkan pengetahuannya.
6.6.12 Senantiasa bersiap sedia untuk belajar.
6.6.13 Suka dan gembira belajar.
6.6.14 Sihat tubuh badannya dan terhindar daripada bahaya.
6.6.15 Senantiasa hadir sekolah dan berada dalam sistem pendidikan.
6.6.16 Menghayati dan mengamalkan gaya hidup sihat.
6.6.17 Berbudi pekerti mulia dan menghayati nilai-nilai murni terpuji.
6.6.18 Menjaga dan mengurus kebajikan, keselamatan dan kebersihan serta
kesihatan diri.
31
6.6.19 Mendapat layanan dan perhatian yang cukup dan saksama semasa
mengikuti pelajaran.
6.6.20 Menerima sokongan dan kemudahan yang mencukupi untuk belajar.
6.6.21 Maju dan menunjukkan perubahan yang lebih baik bagi setiap tingkat
pelajaran dari semasa ke semasa.
6.6.22 Mendapat peluang dan cabaran bari bagi menyuburkan pembelajaran
dan kebajikan diri.
6.6.23 Mendapat peluang dan cabaran baru mengembangkan bakat dan
potensi.
6.6.24 Berpeluang mengembangkan keintelektualan masing-masing.
6.6.25 Mengetahui bakat dan potensi diri dan berusaha membangunkannya.
6.6.26 Suka berbakti kepada rakan, keluarga, sekolah dan masyarakat.
6.6.27 Suka mencipta dan berkarya.
6.6.28 Berani bersaing dan bertanding.
6.6.29 Berani merebut, meneroka, dan mencipta peluang.
6.6.30 Rajin dan bijaksana membuat penyelidikan dan meneroka dapatandapatan
baru.
6.6.31 Menguasai teknologi pembelajaran terkini.
6.6.32 Mampu memimpin diri sendiri dan rakan-rakan.
6.6.33 Mampu mengemukakan idea-idea yang kritis, analitis dan kreatis secara
berhemah dan spontan di hadapan khalayak.
6.6.34 Mampu berkomunikasi secara berhemah, bijaksana dan berkesan.
6.6.35 Mampu melahir dan meluahkan perasaan secara berhemah, bijaksana
dan berkesan.
6.6.36 Mampu berdikari dan menyumbang kepada kemakmuran dan
kesejahteraan sekolah, dan masyarakat.
6.6.37 Berketrampilan dalam pelbagai bidang.
6.6.38 Mencintai alam sekitar.
6.6.39 Mempunyai dan merealisasikan sifat penyayang.
6.6.40 Mencintai bangsa dan negara.
6.6.41 Bersyukur, bertawakal, beriman dan bertakwa