Sumber Teknologi Pendidikan Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

Berbagai-bagai takrifan telah diberikan mengenai teknologi pendidikan
"Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan"
(Crowell (1971):Encyclopedia of education)
"Teknologi dalam pendidikan ialah penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam keperluan latihan, yang meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan persekitaran setakat mana ianya menimbulakn pembelajaran"
(Uhwin Derek (1976): Applying Educational Technology)
Kesimpulan: Teknologi pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran.

Kepentingan teknologi pendidikan dalam
·  Melicinkan proses kerana berfokuskan kepada isi-isi penting kepada topik yang akan disampaikan.

·  Menjimatkan masa, tenaga dan wang.

·  Mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar. Ia juga boleh menghiburkan pelajar.
·  Mengelakkan berlakunya tidak faham atau salah tafsir terhadap konsep melalui deria melihat, mendengar atau menyentuh. 
·  Membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir kerana ia memberi sesuatu gambaran yang menyeluruh dan jelas sesuatu konsep dan kaitannya dengan kehidupan seharian.

·  Melibatkan pelbagai deria pelajar. Cth: penggunaan visual yang diikuti oleh audio akan melibatkan deria lihat dan dengar dan mungkin deria sentuh. Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatan pelajar.

·  Memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar.

·  Membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa yang minimum.

·  Memperkayakan pengalaman pelajar. Cth: media bergerak boleh memperkayakan pengalaman murid. Kejadian yang tidak pernah mereka lihat atau alami akan dapat mereka saksikan sendiri dan ini menjadikan mereka seoalah-olah mereka mengalaminya. Prinsip menggunakan teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

·  Ia hanya merupakan sebagai bahan bantu mengajar dan tidak boleh digunakan untuk menggantikan pengajaran. Ia digunakan untuk menggantikan pengajaran. Ia digunakan untuk membantu guru mengajar sesuatu topik dengan lebih berkesan.

·  Ia mesti digunakan untuk pengajaran dan bukan untuk hiburan dan membuang masa.

·  Penggunaannya mesti dirancang dalam tiga peringkat iaitu:
sebelum kegunaan - merancangmasa dan cara bagaimana mengaitkannya dengan topik pengajaran. semasa kegunaan - merancang ulasan dan penekanan aspek-aspek penting yang dapat membantu pembelajaran.
selepas kegunaan - merancang aktiviti lanjutan seperti soalan-soalan, kesimpulan dan penilaian.
·  Ia mesti dipilih berdasarkan kesuaiannya dari segi topik dan objektif pelajaran, latar belakang pelajar, saiz kelas dan keadaan fizikal bilik darjah.

·  Ia mesti digunakan untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran dan peringkat perkembangan pelajaran itu sama ada:
    - pengenalan topik
    - perkembangan pelajaran iaitu penerangan konsep
    - penutup dan kesimpulan topik pelajaran
    - penilaian kefahaman terhadap topik

·  Digunakan mengikut masa yang sesuai iaitu masa yang dapat merangsang pembelajaran

·  Digunakan dengan merujuk kepadanya dan bukan sekadar untuk menunjuk-nunjuk sahaja.
·  Selepas digunakan tanggalkan atau ubah supaya tidak mengganggu pelajar belajar seterusnya.

·  Setelah tamat sesi pengajaran, pamerkan untuk rujukan kelas di papan buletin kelas.

Ciri-ciri dan jenis teknologi pendidikan yang baik

·  Alat yang dapat menjelaskan idea - idea yang kabur dan menrangkan isi-isi pelajaran. Contoh: Penggunaan cek terbuka dan tertutup yang telah diperbesarkan

·  Alat yang besar dan jelas untuk dilihat oleh semua pelajar.
    Contoh: Tulisan dan angka yang ditulis dalam transperensi mestilah besar dan jelas.

·  Tulisan dan gambar perlu dipelbagaikan warnanya.
    Contoh: Gunakan plebagai warna pen untk memberi penekanan kepada perkataan-perkataan dalam topik yang ingin diajar.

·  Gunakan bahan yang boleh tahan lama dan boleh disimpan.

·  Tunjukkan hasil dan kemahiran yang baik sekiranya alat dibuat sendiri.