Perkara yang membawa seseorang wanita kepada
keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Antaranya, hendaklah
melaksanakan kewajipan agama.
Dalam sebuah hadis riwayat al-Bazaar, Rasulullah
SAW bersabda (yang bermaksud): Jika seseorang wanita solat lima waktu, berpuasa
pada Ramadan dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.
Kedua, hendaklah mentaati suami. Hal ini disebut
dalam banyak hadis, antaranya hadis riwayat at-Tabarani, daripada Abdullah bin
Salam bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Sebaik-baik wanita
adalah wanita yang menyenangkanmu jika kamu melihatnya, mentaatimu jika kau
menyuruhnya dan dapat menjaga dirinya dan hartamu ketika engkau tidak
bersamanya.
Ketiga, selalu mengingati Allah. Dalam sebuah
hadis riwayat at-Tirmizi, bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud):
Hendaklah kamu (para wanita) memperbanyak membaca tasbih, tahlil, taqdis dan
hitunglah dengan ruas jari-jari kerana sesungguhnya mereka akan ditanya dan
akan dijadikannya boleh berbicara. Janganlah kamu lalai sehingga melupakan
rahmat Allah.
Keempat, solat malam. Dalam hadis riwayat Abu Daud
daripada Abu Hurairah r.a dan Abu Said r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang
bermaksud): Sesiapa yang bangun tengah malam, kemudian membangunkan isterinya,
lalu mereka melakukan solat berjemaah dua rakaat, maka mereka akan dimasukkan
dalam golongan orang-orang yang banyak mengingati Allah.
Kelima, berbuat baik dan banyak bersedekah. Dalam
sebuah hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda (yang
bermaksud): Wahai semua wanita, bersedekahlah walaupun dari perhiasan kamu
sekalian. Sesungguhnya kamu kelak paling banyak menjadi penghuni neraka. Demikianlah,
wallahualam