Dalam usaha mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan, pelbagai langkah-langkah dan strategi telah disusun, antaranya; Penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama; Mengadakan kurikulum dan sistem peperiksaan yang sama; Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan; Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu; Mendemokrasikan pendidikan; Pelaksanaan KBSR dan KBSM; Mempertingkatkan pendidikan Islam, kerohanian, moral dan disiplin; Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik; Mempelbagai kemudahan pendidikan di peringkat universiti; Pengajaran bahasa ibunda; dan Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum.
1. Penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utamaSelaras dengan matlamat utama Dasar Pendidikan Kebangsaan, iaitu menyatupadukan masyarakat pelbagai